Monday, 11 April 2016

KURUS TANPA UBAT-UBATAN

Selalu kita mendengar, orang nak kurus, makan berbagai-bagai ubat atau supplemen, sehingga harganya mencecah ribuan ringgit. Tapi kali ni saya nak kongsikan tips kuruskan badan tanpa ubat-ubatan. Jom kita tengok: 1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 6. AMBIL SARAPAN PAGI Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 10. ELAK MAKANAN RINGAN Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. 12. MAKAN DILUAR Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 14. TIMBANG Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 17. SIMPAN SATU DIARI Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS! Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 19. MEMASAK MAKANAN Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus ,memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 20. MEMILIH HIDANGAN Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! 21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. 22. BERBELANJA Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 23. GERAKKAN PUNGGUNG Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 24. PENGGUNAAN GULA Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:- - Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat - Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif - Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam - Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah - Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. LAGI PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya. 26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 29. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 30. Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:- Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ) 10 biji lada hitam 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 31. Mengurangkan Buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. 32. Mengempiskan Perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 33. Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik. SUMBER: http://meriahuoll.blogspot.com/2008/01/cara-nak-kurus-tanpa-ubat-ubatan.html SUMBER: #KuruskanBadan #Berlapar #Tips
KuruskanBadan Berlapar Tips


Sunday, 10 April 2016

Doa yang dimakbul yang kita tak Sedari.

#alhamdulillah #suami #isteri
alhamdulillah suami isteri


JANGAN MINUM SAMBIL MAKAN

Perut adalah pusat kebanyakan penyakit. Kebanyakan pakar perubatan mempunyai pendapat yang sama bahawa banyak penyakit datang daripada tabiat pemakanan kita dan ubat yang paling mujarab untuk mencegah penyakit adalah dengan menjaga dan mengawal makan. Kebiasaannya, masalah yang melibatkan makanan yang dimakan dan bahagian dalam perut adalah masalah pencernaan. Tahukah anda bahawa minum sambil makan akan meyumbang kepada masalah pencernaan makanan? Kebanyakan individu akan melakukan tabiat ini iaitu minum sambil makan. Apabila anda minum dan makan dalam masa yang sama, ia akan mengganggu sistem pencernaan kita dan segala nutrient dalam makanan yang kita ambil tidak dapat disalurkan ke seluruh tubuh badan kita. Berikut adalah 10 simptom yang menandakan kita mengalami masalah pencernaan iaitu: • Banyak angin (kerap kentut daripada biasa) • Kembung perut • Cepat penat • Mudah berparut pada anggota badan • Keradangan kulit • Berat badan bertambah dengan cepat • Sering sendawa • Pedih ulu hati • Makanan tidak hadam • Keradangan lain Apabila anda minum sambil makan, ia akan mencairkan enzim percernaan yang terbentuk dalam perut. Hal ini kerana apabila minum, asid yang terbentuk untuk mencernakan makanan akan kurang berfungsi dan pencernaan tidak akan berlaku dengan sempurna. Proses pencernaan akan berlaku dengan lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, anda seharusnya minum dalam tegukan yang kecil dan elakkan minum minuman berkarbonat atau bergas, soda dan minuman yang berais kerana ia akan menghalang pencernaan makanan. Seeloknya, minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan iaitu selepas makanan habis dicernakan. Jadi, sebaik-baiknya elakkanlah minum air sambil makan kerana ia akan mengganggu sistem pencernaan makanan dan sekaligus akan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. sumber: http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/469733/jangan-minum-sambil-makan #Ubat #Makan #Minum
Ubat Makan Minum


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MEMELIHARA KUCING....

Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia. 1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah 2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit) Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing. 3. Mencegah Alergi Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang. 4. Membantu mencegah asma pada anak Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan. 5. Mengurangkan Tekanan Darah Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan. (Hadith mengenai kucing) Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shohih) 6. Menurunkan Kolestrol Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia. 7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke. 8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing. 9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool” Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda. 10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis. 11. Mengurangkan Kesepian Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi. sumber:Cahaya Purnama #Memelihara #Menfaat #Kucing

Whateva i do whenever i go.

I will be Good as this is my promise to Allah. I don't have to proof as u will feel it one day.. Thank you for guide me to another life #freedomofchange #begoodperson #love
freedomofchange begoodperson love


KEBAIKAN JAGUNG DAN KANDUNGAN GIZINYA

Jagung adalah makanan kebiasaan yang dimakan oleh setiap individu. Kebiasaannya, jagung dimasak dengan cara merebus atau membakar. Di beberapa daerah di Indonesia, jagung sering dijadikan sebagai makanan alternatif untuk menggantikan nasi kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jagung kaya dengan serat, karbohidrat, vitamin B dan C, karoten, zat besi, magnesium, fosforus, omega 6, dan lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kolesterol. Dengan erti kata lain, jagung bukan sahaja dapat menjaga tubuh badan yang sihat dengan membekalkan pelbagai nutrient, malahan juga, ia sesuai dijadikan makanan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Antara khasiat jagung adalah: 1. Boleh menurunkan berat badan Jagung tidak menggemukkan. Malahan ia adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan bagi golongan obes. Serat kasar yang terdapat dalam jagung akan memberi rasa kenyang yang lebih lama dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Hal ini kerana peranan jagung yang menggantikan nasi untuk membekalkan karbohidrat yang dapat memberi tenaga kepada seseorang individu. 2. Melancarkan air kencing Adakah anda tahu bahawa jagung bole melancarkan perjalanan air kencing? Dalam sebatang jagung mengandungi kalium yang bersifat diuretik sehingga dapat menghindarkan daripada berlakunya iritasi kencing, sekaligus dapat melancarkan perjalanan air kencing ke saluran kencing. Ia juga dapat menurunkan kadar sakit urat dan mencegah pembentukan batu karang pada ginjal dan secara tidak langsung boleh mengelakkan dari penyakit batu karang. 3. Mencegah penyakit kanser Dalam satu kajian yang dijalankan di Louisiana State University, individu yang gemar memakan jagung dikatakan sukar dan jarang untuk menghidap penyakit kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara, dan kanser prostat. Hal ini adalah kerana kandungan betakaroten dan serat yang tinggi yang terkandung dalam jagung menyebabkan seseorang individu itu tidak akan menghidap penyakit kanser. Yang paling penting, jagung juga mengandungi protease inhibitor yang dapat mencegah pembentukan sel-sel kanser. 4. Jantung koronari Jagung juga dipercayai boleh mencegah daripada penyakit jantung. Kajian dari Illionis State University menunjukkan bahawa individu yang menjalani diet rendah lemak yang setiap makanannya ditambah dengan 20 gram jagung setiap hari selama 6 minggu, kadar trigliserida mereka akan turun sehingga 13 peratus. Trigliserida adalah sejenis lemak yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pengambilan jagung bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah boleh mencegah daripada pembentukan lemak yang boleh menyababkan berlakunya serangan jantung. Selain itu, serat larut yang terkandung dalam jagung juga boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kandungan asam folat dalam jagung juga dapat menurunkan kadar homosistein yang boleh mengakibatkan serangaan jantung jika kadarnya tinggi. sumber: http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/463876/kebaikan-jagung-dan-kandungan-gizinya #Kolesterol #KebaikanJagung #Jantung
http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/463876/kebaikan-jagung-dan-kandungan-gizinya


Friday, 8 April 2016

Punca Penyakit Multiple Sclerosis Atau Sklerosis Berganda

Penyakit Sklerosis berganda atau Multiple Sclerosis (MS) adalah penyakit saraf yang menjejaskan saraf terutama di bahagian otak kita. Apabila gangguan ini terjadi, ia tidak menunjukkan gejala yang luarbiasa kerana ia simptom-simptom biasa dan tidak disedari walaupun bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi jika kita selalu mengadap komputer lalu beranggapan itu adalah perkara biasa. Ada yang penglihatan kabur sehingga objek di depan dilihat berganda walaupun bercermin mata. Ia semakin serius sekiranya kita mula terasa kebas-kebas tangan dan kaki selain dari mudah keletihan. Sebelum ini, kita telah membaca tentang simptom-simptom penyakit ini. Kali ini kita jom kita kaji tentang punca penyakit MS ini menyerang. Multiple Sclerosis Boleh Menyebabkan Kerosakan Saraf Kekal Serangan MS ini terjadi apabila sistem pertahanan tubuh menyerang bahagian ‘myelin’ iaitu lapisan selaput yang bertindak sebagai perisai kepada sel-sel saraf yang melibatkan otak, tulang belakang dan mata. Sekiranya serangan ini berterusan tanpa sebarang langkah diambil maka ia berpotensi untuk menyebabkan kerosakan kekal pada saraf. Akibatnya gelombang isyarat tidak dapat dihantar ke bahagian tubuh yang lain kerana saraf telah terjejas dan ketika ini gejala MS semakin jelas. Punca sebenar mengapa penyakit MS ini terjadi masih belum ada jawapannya. Namun, mengikut kajian, para saintis percaya bahawa Sklerosis ini mungkin melibatkan beberapa faktor berbeza.Oleh itu, kajian telah dijalankan dalam beberapa bidang berikut untuk menguji salingkaitan antara satu dengan yang lain iaitu: Bidang imunologi (ilmu sistem imun badan) Epidemiologi (kajian corak penyakit dalam populasi) Bidang genetik. Penting untuk kita faham apa yang menyebabkan MS untuk mempercepat proses mencari cara yang lebih berkesan untuk merawat dan menyembuhkannya. Bahkan, kalau boleh kita mahu mencegahnya sebelum berlaku. Punca Penyakit Sklerosis Berganda 1. Faktor Imunologi Penyakit MS ini menyebabkan tindak balas imun tak normal menyerang lapisan myelin sekitar gentian saraf dalam sistem saraf pusat dan menyerang gentian saraf itu sendiri. Para penyelidik telah dapat mengenal pasti sel-sel imun mana yang menyerang dan faktor yang menyebabkan sel imun menyerang. Ia masih lagi dikaji untuk memahami bagaimana untuk melambatkan atau menghentikan ia sekaligus membantu kita mencegah MS ini dari mengganas. Ini memerlukan pembacaan yang lebih mendalam untuk maklumat lanjut. 2. Faktor Persekitaran MS diketahui berlaku lebih kerap di kawasan yang lebih jauh dari khatulistiwa. Kita ini sebenarnya berisiko lebih rendah untuk diserang MS. Saintis yang mengkaji corak penyakit masih lagi mengkaji tentang variasi dalam geografi, demografi (umur, jantina dan latar belakang etnik), genetik, sebab-sebab berjangkit dan corak migrasi untuk lebih memahami tentang penyakit ini. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang lahir di kawasan yang berisiko tinggi kemudian berhijrah ke kawasan yang berisiko rendah sebelum umur 15 akan lebih berisiko di kawasan baru. Kajian juga menunjukkan vitamin D memainkan peranan yang penting. Orang yang hidup lebih dekat dengan khatulistiwa lebih terdedah kepada cahaya matahari sepanjang tahun. Justeru, mereka cenderung untuk mempunyai tahap semulajadi vitamin D yang tinggi dan dipercayai menyokong fungsi imun dan boleh membantu melindungi dari MS. Kajian telah menunjukkan bahawa merokok juga meningkatkan risiko seseorang diserang MS. Mujurlah, bukti juga menunjukkan bahawa berhenti merokok, sama ada sebelum atau selepas bermulanya MS akan memperlahankan serangan. 3. Faktor Jangkitan Zaman sekarang ini kita sering terdedah dengan pelbagai virus dan bakteria sejak dari zaman kanak-kanak. Ini juga adalah faktor yang sedang dikaji sama ada membantu meningkatkan risiko MS kepada manusia. Lebih daripada sedozen virus dan bakteria, ini termasuklah campak, herpes, Epstein-Barr dan pneumonia telah atau sedang diselidiki sama ada terbabit dalam menyumbang kepada serangan MS. Tetapi, sehingga kini tiada satu pun yang dapat dibuktikan secara muktamad terbukti mencetuskan MS. 4. Faktor Genetik Atau Keturunan Walaupun MS bukanlah penyakit keturunan tetapi mempunyai ibubapa atau adik-beradik yang mempunyai sejarah MS meningkatkan risiko individu mendapat penyakit ini. Kajian menunjukkan terdapat keluarga yang mempunyai pesakit MS lebih daripada seorang dalam keluarga. Langkah pencegahan seperti meningkatkan sistem imun tubuh mungkin perlu dilaksanakan. Teori Berikut Tidak Benar Tentang Punca Terjadinya Sklerosis Saban tahun, pelbagai teori telah dikemukan oleh ramai pihak tentang punca yang menjadi pencetus MS. Namun, di sini telah disenaraikan beberapa mitos yang telah terbukti tidak tepat tentang punca Sklerosis. Tinggal Bersama Haiwan Peliharaan Beberapa tahun lalu, virus distemper kanin yang dibawa oleh anjing telah dikatakan sebagai penyebab sklerosis. Namun, kajian telah membuktikannya sebagai tidak benar sama sekali. Mengalami Alahan Atau Alergi Sehingga kini tiada sebarang bukti yang mengaitkan bahawa penyaki sklerosis berganda ini adalah dicetuskan oleh reaksi alergi atau alahan kepada alergik persekitaran yang tertentu. Terdedah Kepada Logam Berat Walaupun keracunan kepada logam berat seperti merkuri, mangan dan plumbum boleh menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan simptom seperti menggeletar dan lemah tubuh namun secara jelasnya kedua-dua proses dan simptom penyakit ini adalah berbeza sama sekali. Tiada kaitan antara keracunan logam berat dengan penyakit sklerosis. Trauma Fizikal Individu yang mengalami trauma fizikal oleh insiden tertentu dikatakan menjadi pencetus kepada penyakit ini. Perkara ini telah menjadi perdebatan antara para penyelidik beberapa tahun ini. Walaupun begitu, kajian juga telah membuktikan sehingga kini tiada sebarang kaitan antara trauma fizikal dengan perkembangan penyakit MS ini. Aspartame Tiada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini. Aspartame adalah pemanis tiruan yang banyak digunakan sebagai pengganti gula dalam minuman ringan dan makanan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari pelbagai sumber jurnal tentang perkara ini. Aspartame bukanlah dari sumber tumbuhan semulajadi seperti stevia. Namun harus lebih berhati-hati dalam mengambil bahan makanan yang menggunakan aspartame sebagai pengganti. Maklumat lanjut tentang aspartame. Sumber dari: National Multiple Sclerosis Society Usaha Pencegahan Dengan Vivix Dan Nutriferon Shaklee Saya pernah menulis tentang entri seorang pesakit Susah Philip yang juga pesakit MS ini telah konsisten dengan mengambil produk Shaklee. “For the first time in almost 7 years, I was not taking any pharmaceuticals for my MS and I was feeling great. I had the energy to join a small health club and exercise again. I gained weight, and people kept telling me how good I looked.” “Untuk pertama kali dalam tempoh 7 tahun, saya tidak mengambil sebarang ubat farmasi untuk penyakit MS dan saya rasa hebat (sihat). Saya mempunyai tenaga untuk menyertai kelab kesihatan kecil-kecilan dan kembali bersenam. Berat badan saya bertambah dan ramai orang memuji kerana saya kelihatan lebih baik.” Sumber : MyShaklee US Nutriferon Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954. Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee. Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon. Vivix Membaikpulih Dan Melindungi Tubuh Hingga Ke Peringkat Sel! Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Penyakit MS adalah gangguan kepada sel saraf. Ia menyerang sel-sel saraf sihat terutamanya saraf di bahagian otak kita. #MultipleSclerosis (MS) #KesihatanOptimum #infokesihatan
MultipleSclerosis KesihatanOptimum infokesihatan


ELAK TIDUR SELEPAS MAKAN...

Anda pasti pernah mendengar nasihat, Jangan terus tidur selepas makan. Tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan tubuh badan. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info antara kesan negative tidur selepas makan. Pertama, seperti yang kita ketahui, makanan mengambil masa untuk dihadam. Apa sahaja yang kita makan melalui mulut haruslah dihadam terlebih dahulu di dalam tubuh badan. Apabila kita tidur sebaik sahaja selepas makan,dalam posisi baring, ini sebenarnya melambatkan proses penghadaman. Adalah penting untuk mempunyai postur yang baik supaya organ-organ pencernaan boleh bekerja secara optimum. Disebabkan kita dalam keadaan baring, badan kita sendiri memberi kesukaran kepada proses ini dan ini sememangnya akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan seperti sukar untunk membuang air akibat makanan yang tidak lawas, serta tubuh badan menjadi lemah dan tidak segar. Kedua, hasil sebuah kajian juga menunjukkan bahawa seharusnya badan kita berehat sekurang-kurangnya sejam selepas makan malam sebelum tidur kerana ia boleh mengurangkan risiko strok sebanyak kira-kira dua pertiga. Tidur selepas makan sememangnya boleh meningkatkan risiko penyakit atau serangan strok kepada individu tersebut. Ini adalah kerana sistem pencernaan kita bekerja keras untuk mencerna ketika tidur dan secara langsung memberi kesan kepada peningkatan darah, kadar gula dan kolestrol yang menjadi punca kepada serangan strok. Jadi,secara kesimpulannya, rehatkan dulu perut anda selepas makan. Jangan terus baring atau tidur! sumber: http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/477288/elak-tidur-selepas-makan #Penghadaman #TidurSelepasMakan
http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/477288/elak-tidur-selepas-makan


Rezki Lebih = Lebih Dermawan, BUKAN Lebih Boros ^_^ #samamembantu #derma #sedekah #wakaf #pembersihdosa

Rezki Lebih = Lebih Dermawan, BUKAN Lebih Boros ^_^ #samamembantu #derma #sedekah #wakaf #pembersihdosa
samamembantu derma sedekah wakaf pembersihdosa


MATA BUTA DISERANG STROK

TIDAK keterlaluan jika dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya seorang pesakit strok di setiap kampung atau pekan. Di Amerika dan Britain, dilaporkan terdapat 22 kejadian kes strok bagi setiap 10 ribu orang penduduk. Hal ini bermakna bahawa terdapat 700 ribu orang pesakit strok setiap tahun. Secara purata, ada satu kejadian serangan strok bagi setiap 45 saat. Angka ini agak menakutkan. Gejala penyakit strok atau angin ahmar merupakan manifestasi bahagian tertentu otak untuk berfungsi. Otak merupakan cip tercanggih tanpa sebarang saingan hinggalah hari ini. Pelbagai maklumat sedar atau tanpa sedar disimpan dengan rapi dan digunakan apabila diperlukan. Bahagian tertentu otak mengawal fungsi tertentu badan manusia. Sel otak ini berfungsi sempurna jika aliran darah yang kaya dengan nutrien dan oksigen mengalir dengan baik. Aliran darah juga memastikan bahan kumuhan sel otak dialirkan keluar sebagai bahan kumuhan daripada badan. Bayangkan apa-apa yang berlaku jika pengaliran darah dua hala yang sempurna terganggu di suatu lokasi pada otak seseorang. Otak tidak lagi dapat berfungsi dan itulah angin ahmar. Sumber: Dewan Kosmik Julai 2012. #Stroke #Mata
Stroke Mata


Thursday, 7 April 2016

PERIA BAIK UNTUK PENGHIDAP KENCING MANIS

Apabila bercerita tentang buah peria pastinya ramai yang tidak menyukainya terutamanya golongan muda-mudi sekarang. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia, adalah antara sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. Meskipun rasanya yang pahit tidak digemari ramai, namun ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya khasiatnya ialah protein, lemak mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria ini juga bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, ini kerana peria elok diamalkan pengambilannya setiap hari kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah. Ia juga sesuai dijadikan jus minuman harian terutamanya sebelum sarapan. #kencingmanis #peria
http://abusihat.blogspot.com/2014/06/peria-baik-untuk-penghidap-kencing-manis.html


Susah nak percaya..Tapi Bila kita tinggalkan yang buruk pasti ade kebaikan yang kita dapat walaupun bukan dimasa terdekat.

#berpesan2kepadakebaikan #berdakwah #perbaikidiri
berpesan2kepadakebaikan berdakwah perbaikidiri


Makan & kesihatan tidak dapat disahkan #islam #kesihatan #sihat

Makan & kesihatan tidak dapat disahkan #islam #kesihatan #sihat
islam kesihatan sihat


Bila2 Masa Boleh Berubah.

#islam #motivasi
islam motivasi


Wednesday, 6 April 2016

BUAH PINGGANG KITA...

Apa Itu Buah Pinggang? Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang dan sebesar genggaman tangan. Mereka membesar semasa kamu membesar. Buah pinggang kamu terletak di bahagian bawah belakang badan anda. Apakah Kepentingan Buah Pinggang ? Buah Pinggang mempunyai beberapa fungsi yang penting. Di antaranya adalah membantu pembuangan cecair lebihan daripada tubuh badan, menapis darah dan menyerap zat-zat semasa membuang kompaun-kompaun yang lain. Mereka juga membantu mengimbang tekanan darah, sel-sel darah merah dan jumlah zat-zat tertentu seperti kalsium dan potassium. Jika buah pinggang kamu berhenti berfungsi, kamu mesti menjalankan dialysis untuk membersihkan darah kamu (ataupun menjalankan pemindaan buah pinggang) supaya toksin-toksin tidak terkumpul di dalam darah dan membawa masalah perubatan yang selanjutnya kepada kamu. Apakah Fungsi Buah Pinggang? Bagaimana Ia Dijalankan? Darah memasuki buah pinggang kamu menerusi satu arteri yang sambung dari hati. Semasa darah mengalir menerusi buah pinggang, ia dibersihkan melalui beribu-ribu sel-sel tapisan yang kecil. Bahan-bahan buangan akan dihantar ke ureter and dibuangkan sebagai kencing. Darah yang bersih dikitar semula melalui salur darah melalui vein. Apakah Penyakit (Kegagalan) Buah Pinggang? Kegagalan buah pinggang bermakna buah pinggang kamu tidak berfungsi. Oleh demikian, badan kamu tidak dapat mengawal jumlah cecair dalam badan kamu ataupun tidak dapat mengimbangi jumlah zat-zat yang diperlukan seperti potassium dan fosforus. Dalam sesetengah kes, kehilangan fungsi buah pinggang ini adalah sementara dan mungkin dipulihkan. Akan tetapi, kebanyakan kegagalan buah pinggang adalah berkekalan. Walaupun kegagalan buah pinggang adalah bersifat sementara, rawatan dialysis mesti dijalankan untuk melindungi badan kamu daripada toksin-toksin dan tidak keseimbangan cecair. Apa Yang Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang? Buah pinggang boleh dirosakkan dalam kemalangan ataupun disebabkan oleh penyakit. Dua penyebab kegagalan buah pinggang yang biasa adalah berpunca daripada komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal ataupun tekanan darah tinggi. Di samping itu, penyalahgunaan dadah seperti NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs - seperti ibuprofen, acetominophen, etc.) boleh juga menyebabkan kegagalan buah pinggang. Cara-Cara Mudah Untuk Menghindar Penyakit Buah Pinggang Langkah-langkah mudah ini boleh menjaga kesihatan buah pinggang kamu, ataupun jika ada pesakit buah pinggang dalam keluarga kamu, ia boleh menambah usia buah pinggang supaya mereka akan berfungsi dengan lebih baik. -Minum air yang banyak. Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air (bukan minuan kilangan seperti soda) setiap hari. Ini adalah penting bagi mengelakkan batu buah pinggang. -Penghindaran atau perawatan diabetes dan tekanan darah tinggi. -Amalkan senaman yang mencukupi (Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan rancangan senaman yang baru). -Tidak merokok. -Mengekalkan berat badan yang seimbang. -Mengawal gula darah kamu jika anda mengidap diabetes. -Makanan diet yang seimbang -Merawat luka dan jangkitan. Mengikut arahan penasihat kesihatan anda. -Cuba hindari jangkitan dengan menjaga kebersihan. -Hadkan dedahan kepada logam-logam berat dan bahan kimia bertoksid. -Mengelakkan penggunaan dadah yang tidak perlu. sumber: http://www.reocities.com/NapaValley/vineyard/4920/buahpinggang.html #Air #Sakit #BuahPinggang
Air Sakit BuahPinggang